Scene (subbudaya)

Ahli subbudaya scene pada 2008

Subbudaya scene ialah sebuah subbudaya belia yang muncul pada awal 2000-an di Amerika Syarikat daripada subbudaya emo yang sudah muncul pada masa itu.[1] Subbudaya tersebut menjadi popular di kalangan remaja dari pertengahan 2000-an[2] hingga awal 2010-an. Ahli subbudaya scene kerap dipanggil scene kids, trendster, atau scenester.[3] Fesyen scene terdiri daripada seluar jeans ketat, pakaian berwarna-warni, gaya rambut khas yang terdiri daripada rambut lurus, rata dengan poni panjang menutupi dahi atau mata, dan pewarna rambut berwarna terang.[4] Genre muzik yang dikaitkan dengan subbudaya scene termasuk metalcore, crunkcore, deathcore, muzik elektronik dan pop punk.[5][6]

Dari pertengahan 2000-an hingga awal 2010-an, fesyen scene mendapat populariti di kalangan remaja dan muzik yang dikaitkan dengan subbudaya itu mencapai kejayaan komersial di adegan bawah tanah dan arus perdana kedua-duanya. Kugiran seperti Bring Me the Horizon, Asking Alexandria, Pierce the Veil, dan Metro Station mendapat perhatian arus perdana dan pendengar yang banyak sambil sebesarnya masih terikat dengan subbudaya scene. Pada pertengahan hingga akhir 2010-an, subbudaya scene kehilangan populariti; walau bagaimanapun, sejak 2019, terdapat pergerakan yang berusaha untuk membangkitkannya semula.[7][8]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama PopMatters
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Tab
  3. ^ "Voices on being scene even when you're not a kid". thekindland.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-11.
  4. ^ "12 things all former scene kids know to be true". Alternative Press. April 3, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2019. Dicapai pada March 22, 2019.
  5. ^ "A Final Pilgrimage To Warped Tour, As Told By A Former Scene Kid". August 2, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada March 22, 2019. Dicapai pada March 22, 2019.
  6. ^ "A History of Counterculture: Emo and Scene". College Fashion. November 14, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 7, 2019. Dicapai pada June 6, 2019.
  7. ^ "Dig out your studded belts and hairspray, it's the RAWRing 20s xD". Metro (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-21. Dicapai pada 2020-10-19.
  8. ^ "Scene Subculture Is Back To Embrace A Different Look". Ask & Embla. 11 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2022. Dicapai pada 30 August 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne